Tuah Pelajar MTQ ADDIN



Pertandingan Seni Jawi Nusantara anjuran Utusan Melayu Malaysia dan Institut Skill-Tech (Klik disini ) pada September yang lalu, telah berjaya menobatkan Muhd Zarul B Zainol di tempat ketiga. Menurut Pengarang Utusan Melayu Mingguan, Encik Mohd Kamil B Yusuff seramai lebih dari 6000 penyertaan telah menyertai pertandingan tahun ini.

Muhd Zarul B Zainol telah memenangi wang tunai RM 1,000.00 dan sebuah trofi. Hadiah telah disampaikan oleh Puan Sharimah Hussain ( Director Institut Skill-Tech) di perakarangan MTQ ADDIN Kg Tualang Sekah pada pagi Jumaat 13/11/2009.

Seluruh warga MTQ ADDIN merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada beliau. Semoga beliau terus berjaya dalam lapangan hidup di dunia akhirat


Dari Kiri : Ust Khairul Amri ( PK 2) , Ust Tadri Mazir ( PK 1)
En Mohd Kamil B Yusuff ( Pengarang Utusan Melayu
Mingguan ) dan Puan Sharimah Hussain ( Director Institut
Skill-Tech.

 
Ust Anuar Morat Mengendali Majlis.


En Mohd Kamil sedang memberi ucapan



Syukran Puan..


Macam mimpi je.... seribu dalam tangan


Kawan-kawan turut kongsi kegembiraan



Antara seni khat yang di hasilkan dalam pertamdingan tersebut



0 ulasan:

Catat Ulasan