Hari Ihtifal MTQ ADDIN 2009


Syukur Alhamdulillah Majlis Ihtifal MTQ ADDIN Kg Tualang Sekah Malim Nawar bagi 2009 berjaya diadakan sebagaimana yang dirancang. Walaupun pada awal paginya kelihatan hujan turun namun ia tidak menghalang kelancaran perjalanan Majlis Ihtifal tersebut yang begitu besar ertinya buat warga MTQ ADDIN khas buat pelajar-pelajarnya. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Prof Madya Dr Fauzi B Deraman ( Naib YDP II Persatuan Ulamak Malaysia) selaku perasmi di majlis tersebut. Turut kelihatan di saf vip adalah wakil dari Ketua Balai Polis Malim Nawar yang turut meluangkan masa menyerikan majlis tersebut.

Warna warni Sekitar Hari Temuduga kemasukan ke MTQ ADDIN


Hari Temuduga Kemasukan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN (MTQ ADDIN) bagi ke semua MTQ ADDIN di seluruh negeri Perak  untuk sesi pengajian 2010 telah diadakan pada 5 Disember 2009 bertempat di Masjid Negeri Ipoh  Perak. Sebanyak 230 permohonan kemasukan telah diterima dan ditemuduga pada hari tersebut. Kaunter pendaftaran mulai sesak seawal jam 8:15 am. Semua urusan proses temuduga berakhir jam 12:30 pm dengan pemohon-pemohon terus dimaklumkan tentang keputusan temuduga tersebut serta penempatan-penempatan MTQ ADDIN yang ditentukan oleh mereka sendiri. Pihak Pentadbiran MTQ ADDIN mengucapkan Tahniah Dan Syabas kepada yang telah berjaya. Mudah-mudahan mereka akan terus berjaya menjadi seorang HAFIZ QURAN.