Hari Ihtifal MTQ ADDIN 2009


Syukur Alhamdulillah Majlis Ihtifal MTQ ADDIN Kg Tualang Sekah Malim Nawar bagi 2009 berjaya diadakan sebagaimana yang dirancang. Walaupun pada awal paginya kelihatan hujan turun namun ia tidak menghalang kelancaran perjalanan Majlis Ihtifal tersebut yang begitu besar ertinya buat warga MTQ ADDIN khas buat pelajar-pelajarnya. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Prof Madya Dr Fauzi B Deraman ( Naib YDP II Persatuan Ulamak Malaysia) selaku perasmi di majlis tersebut. Turut kelihatan di saf vip adalah wakil dari Ketua Balai Polis Malim Nawar yang turut meluangkan masa menyerikan majlis tersebut.

Di akhir majlis berkenaan para ibu / bapa / penjaga di beri peluang berjumpa dengan para-para guru bagi membincang dan mengetahui perkembangan pembelajaran anak-anak mereka. Di akhir pertemuan tersebut ibu / bapa / penjaga di beri slip keputusan peperiksaan.

Sebelum majlis bersurai diadakan perjumpaan bagi mengaktifkan kembali PIBG yang sekian lama tidak berfungsi. Dalam majlis tersebut diadakan lantikan sementara Pengerusi dan AJK-AJK baru bagi membantu pihak MTQ ADDIN merapatkan hubungan antara ibu bapa dan guru serta sebagai perantara kepada ibu bapa menyuarakan pandangan terhadap perkara-perkara yang berbangkit.

Seluruh Warga MTQ ADDIN Kg Tualang Sekah merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada ibu / bapa / penjaga kerana sudi meluangkan masa bersama menjayakan program berkenaan. Sekalung Tahniah buat pelajar-pelajar yang cemerlang khasnya dan kepada semua pelajar-pelajar amnya. Teruskan usaha anda memartabatkan diri dengan Al-quran dan ilmu pengetahuan selagi masih ada ruang dan kesempatan










Saudara Idris As-Syafie ( Pelajar Tingkatan 5) mempengerusikan majlis

















Saudara Taufiq B Norazimi ( pelajar Tingkatan 4 ) membuka majlis dengan alunan ayat-ayat  suci al-Quran secara bertaranum dan berqiraat



















Dif-dif jemputan

















AF Ustaz Sofian b Rejab, Pengetua MTQ ADDIN Malim Nawar sedang menyampaikan ucapan














Yang Berbahagia Prof Madya Dr Fauzi B Deraman, Naib YDP II Persatuan Ulamak Malaysia sedang memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Hari Anugerah Cemerlang 2009 MTQ ADDIN Malim Nawar.















Kelihatan sebahagian dari Guru-Guru MTQ ADDIN 2009 dan para hadirin dan hadirat yang hadir memeriahkan Hari Ihtifal 2009














Para hadirin disajikan dengan alunan nasyid dari pelajar-pelajar MTQ ADDIN















Saat yang dinanti-nanti, AF Ustaz Anuar B Morat mengumumkan pelajar-pelajar yang mendapat kecemerlangan di Tahun 2009












Yang Berbahagia Prof Madya Dr Fauzi B Deraman berkenan menyampaikan Anugerah kepada pelajar-pelajar cemerlang













Kelihatan AF Ustaz Sofian turut menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Pelajar sambil di perhatikan oleh AF Ustaz Tadri B Mazir ( PK 1 )











Jasa Guru-Guru tidak dilupai. Pihak MTQ ADDIN turut memberikan cenderahati buat guru-guru dimajlis berkenaan.


















Saudara Zarol B Zainol ( Ketua Pelajar ) mengumumkan keputusan bagi acara ko-kurikulum 2009















Wakil dari Ketua Balai Polis Malim Nawar sudi menyampaikan hadiah bagi kategori acara ko-kurikulum













Ibu / Bapa / Penjaga mengadakan perjumpaan khas dengan guru-guru bagi membincang dan mengetahui tahap pembelajaran anak-anak mereka di MTQ ADDIN Malim Nawar















Kelihatan para bapa sabar menunggu giliran bagi mendapat slip keputusan peperiksaan anak mereka










Hadirin di hidangkan dengan makanan tengahari sebelum meninggalkan majlis


Johan bagi acara nasyid menyampaikan beberapa buah lagu ketika hadirin
menikmati jamuan makan tengahari

0 ulasan:

Catat Ulasan