Hari Guru 2010

Semua Guru-guru MTQ ADDIN Malim Nawar telah di raikan sempena Hari Guru Tahun ini. Majlis tersebut telah diadakan pada pagi Hari Isnin 17.05.2010. Pelbagai acara diadakan sempena program tersebut antaranya ucapan wakil pelajar, ucapan Pengetua,deklamasi sajak, pentomen, sukaneka serta cabutan bertuah.
Tidak kelepasan guru-guru turut dihidangkan kek 2 tingkat sempena sambutan tersebut.Kemuncak dari program tersebut para pelajar telah menghadiahkan kepada semua guru-guru Hiasan Dinding ( Ayatul Qursi)
Seluruh guru-guru MTQ ADDIN Malim Nawar merakamkan berbanyak-banyak terima kasih diatas pengajuran tersebut yang di ketua oleh barisan MPP dengan di bantu oleh seluruh pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran ADDIN Malim Nawar.
"Sabda Rasulullah SAW : Bahawasanya Allah SWT , malaikatNya sampai kepada semut di dalam lubang dan ikan di dalam laut semuanya berdoa kebajikan kepada orang yg mengajarkan manusia "

ATLIT SUKAN SMAR 2010

Pihak MTQ ADDIN Malim Nawar berbesar hati meraikan atlit-atlit sukan SMAR yang telah menyertai sukan pada Tahun ini. Mereka di raikan dalm satu majlis di sebuah restoran bersama dengan guru-guru MTQ ADDIN. Mereka telah disajikan dengan menu Nasi Putih Dan Masakan Lada Burung Unta, air , pau serta buah tembikai.
Dalan Sukan tersebut MTQ ADDIN Malim Nawar telah menjadi juara dalam acara Futsal dan Ping Pong. Sukan tersebut telah diadakan di SMA Sg Lampan pada 8 Mei 2010. Sebanyak 4 acara telah di pertandingkan iaitu Bola Tampar dan Ping Pong ( lelaki & Perempuan ), Futsal dan Bola Jaring. Bola Tampar dan Ping Pong MTQ ADDIN telah di wakili oleh pelajar-pelajar MTQ ADDIN Cawangan Padang Rengan Dan Parit


Ragam Minggu Orientasi 2010

Sempena kemasukkan pelajar Tingkatan 1 serta pelajar Tingkatan 4 ( dari cawangan-cawangan) ke MTQ ADDIN Kg Tualang Sekah banyak program telah diatur buat mereka. Di samping mereka dapat mengenali antara satu sama lain ia juga mampu merapatkan ukhuwah sesama mereka. Program tersebut  berjalan sebaik sahaja selesai kelas hafazan pada jam 10.30 am. Selama 2 minggu mereka di orientasikan. AF Ust Megat Shahirrudin sebagai guru pemantau manakala pelajar-pelajar tingkatan 5 sebagai penggerak kepada program berkenaan