Ragam Minggu Orientasi 2010

Sempena kemasukkan pelajar Tingkatan 1 serta pelajar Tingkatan 4 ( dari cawangan-cawangan) ke MTQ ADDIN Kg Tualang Sekah banyak program telah diatur buat mereka. Di samping mereka dapat mengenali antara satu sama lain ia juga mampu merapatkan ukhuwah sesama mereka. Program tersebut  berjalan sebaik sahaja selesai kelas hafazan pada jam 10.30 am. Selama 2 minggu mereka di orientasikan. AF Ust Megat Shahirrudin sebagai guru pemantau manakala pelajar-pelajar tingkatan 5 sebagai penggerak kepada program berkenaan