Warna warni Sekitar Hari Temuduga kemasukan ke MTQ ADDIN


Hari Temuduga Kemasukan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN (MTQ ADDIN) bagi ke semua MTQ ADDIN di seluruh negeri Perak  untuk sesi pengajian 2010 telah diadakan pada 5 Disember 2009 bertempat di Masjid Negeri Ipoh  Perak. Sebanyak 230 permohonan kemasukan telah diterima dan ditemuduga pada hari tersebut. Kaunter pendaftaran mulai sesak seawal jam 8:15 am. Semua urusan proses temuduga berakhir jam 12:30 pm dengan pemohon-pemohon terus dimaklumkan tentang keputusan temuduga tersebut serta penempatan-penempatan MTQ ADDIN yang ditentukan oleh mereka sendiri. Pihak Pentadbiran MTQ ADDIN mengucapkan Tahniah Dan Syabas kepada yang telah berjaya. Mudah-mudahan mereka akan terus berjaya menjadi seorang HAFIZ QURAN.














Kaunter Pendaftaran














Pemohon-pemohon diberi masa untuk membuat persiapan sebelum di panggil ke bilik temuduga















Para ibu bapa / penjaga turut dibenarkan memasuki bilik temuduga menemani anak mereka.














Menunggu giliran di bilik temuduga sebelum di panggil ke meja panel
















Sebahagian dari panel-panel yang bertugas pada hari tersebut

















Panel-panel penemuduga merupakan guru-guru MTQ ADDIN induk dan cawangan-cawangan










Kelihatan Af Ustaz Anuar B Morat dan Af Ustaz Rosdan B Mohamed wakil dari MTQ ADDIN Malim Nawar sedang menemuduga pemohon













Af Ustaz Fazali ( Pengetua MTQ ADDIN Cawangan Tapah ) selaku ketua panel sedang membuat penilaian dan pengiraan markah sebelum di serahkan kepada para pemohon











Sebahagian dari ibu bapa / penjaga sabar menanti keputusan anak mereka di pintu masuk bilik temuduga














Ibu / Bapa / Penjaga sibuk mendaftarkan anak mereka setelah keputusan diperolehi serta menentukan sendiri MTQ ADDIN yang menjadi pilihan untuk anak mereka menuntut

0 ulasan:

Catat Ulasan