Sempena kemasukkan pelajar Tingkatan 1 serta pelajar Tingkatan 4 ( dari cawangan-cawangan) ke MTQ ADDIN Kg Tualang Sekah banyak program telah diatur buat mereka. Di samping mereka dapat mengenali antara satu sama lain ia juga mampu merapatkan ukhuwah sesama mereka. Program tersebut berjalan sebaik sahaja selesai kelas hafazan pada jam 10.30 am. Selama 2 minggu mereka di orientasikan. AF Ust Megat Shahirrudin sebagai guru pemantau manakala pelajar-pelajar tingkatan 5 sebagai penggerak kepada program berkenaan
. Antara program yang telah diadakan ialah taklimat undang-undang dan disiplin pelajar, program amali solat,taklimat kebakaran dari Pegawai Bomba Kampar, taklimat keselamatan dan kes juvana dari Pegawai balai Polis Malim Nawar, LDK,permaianan dan sebagainya. Mereka di bahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan terdiri dari pelajar tingkatan 1 hingga 4.
Kemuncak kepada program berkenaan mereka dikehendaki berjalan secara berduan pada tengah malam kira-kira jam 2 am menuju ke masjid Tualang Sekah. Mereka semua akan mengerjakan berqiamullail seterusnya solat subuh berjemaah di masjid berkenaan.
Keesokan paginya mereka berjogging beramai-ramai mengelilingi seluruh Kg Tualang Sekah dan sekitarnya bukan sekadar sebagai memanaskan dan menyihatkan badan tetapi mampu juga melapangkan minda tatkala melihat suasana kampong yang sekelilingnya di penuhi pokok dan tumbuhan hijau sebagai persediaan mereka menghadapi sesi pembelajaran selepas dari itu.
Penutup kepada minggu orientasi pelajar 2010 telah diadakan dipantai Teluk Senangin Segari Lumut Perak pada 29 dan 30 Januari 2010. Mereka berlepas ke lokasi selepas solat Jumaat.
Seluruh warga pentadbiran MTQ ADDIN Kg Tualang Sekah mengharap dan mendoakan seramai 150 orang pelajar yang kini berada di MTQ ADDIN Malim Nawar akan Berjaya di dunia dan akhirat serta mencapai matlamat utama mereka dan kedua ibu bapa mereka bahawa kepulangan mereka ke kawasan masing-masing adalah sebagai seorang
HAFIZUL QURAN.

0 ulasan:
Catat Ulasan