Sempena kemasukkan pelajar Tingkatan 1 serta pelajar Tingkatan 4 ( dari cawangan-cawangan) ke MTQ ADDIN Kg Tualang Sekah banyak program telah diatur buat mereka. Di samping mereka dapat mengenali antara satu sama lain ia juga mampu merapatkan ukhuwah sesama mereka. Program tersebut berjalan sebaik sahaja selesai kelas hafazan pada jam 10.30 am. Selama 2 minggu mereka di orientasikan. AF Ust Megat Shahirrudin sebagai guru pemantau manakala pelajar-pelajar tingkatan 5 sebagai penggerak kepada program berkenaan
Hari Ihtifal MTQ ADDIN 2009
Syukur Alhamdulillah Majlis Ihtifal MTQ ADDIN Kg Tualang Sekah Malim Nawar bagi 2009 berjaya diadakan sebagaimana yang dirancang. Walaupun pada awal paginya kelihatan hujan turun namun ia tidak menghalang kelancaran perjalanan Majlis Ihtifal tersebut yang begitu besar ertinya buat warga MTQ ADDIN khas buat pelajar-pelajarnya. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Prof Madya Dr Fauzi B Deraman ( Naib YDP II Persatuan Ulamak Malaysia) selaku perasmi di majlis tersebut. Turut kelihatan di saf vip adalah wakil dari Ketua Balai Polis Malim Nawar yang turut meluangkan masa menyerikan majlis tersebut.
Warna warni Sekitar Hari Temuduga kemasukan ke MTQ ADDIN
Hari Temuduga Kemasukan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN (MTQ ADDIN) bagi ke semua MTQ ADDIN di seluruh negeri Perak untuk sesi pengajian 2010 telah diadakan pada 5 Disember 2009 bertempat di Masjid Negeri Ipoh Perak. Sebanyak 230 permohonan kemasukan telah diterima dan ditemuduga pada hari tersebut. Kaunter pendaftaran mulai sesak seawal jam 8:15 am. Semua urusan proses temuduga berakhir jam 12:30 pm dengan pemohon-pemohon terus dimaklumkan tentang keputusan temuduga tersebut serta penempatan-penempatan MTQ ADDIN yang ditentukan oleh mereka sendiri. Pihak Pentadbiran MTQ ADDIN mengucapkan Tahniah Dan Syabas kepada yang telah berjaya. Mudah-mudahan mereka akan terus berjaya menjadi seorang HAFIZ QURAN.
ATLIT SUKAN SMAR 2010
Pihak MTQ ADDIN Malim Nawar berbesar hati meraikan atlit-atlit sukan SMAR yang telah menyertai sukan pada Tahun ini. Mereka di raikan dalm satu majlis di sebuah restoran bersama dengan guru-guru MTQ ADDIN. Mereka telah dihidangkan dengan menu Nasi Putih Dan Masakan Lada Burung Unta, air , pau serta buah tembikai.
Dalan Sukan tersebut MTQ ADDIN Malim Nawar telah menjadi juara dalam acara Futsal dan Ping Pong. Sukan tersebut telah diadakan di SMA Sg Lampan pada 8 Mei 2010. Sebanyak 4 acara telah di pertandingkan iaitu Bola Tampar dan Ping Pong ( lelaki & Perempuan ), Futsal dan Bola Jaring. Bola Tampar dan Ping Pong MTQ ADDIN telah di wakili oleh pelajar-pelajar MTQ ADDIN Cawangan Padang Rengan Dan Parit

.jpg)

